Saturday, 25 March 2023

Resepi Maggi Kari Soya

 

 
Saya pernah pergi rumah kawan saya ni, dia kata dia tak ada apa nak jamu saya. Ada Maggi je katanya. Dia kata beri dia 5 minit. Dia masak Maggi sekejap. Sekali bila dia hidang, terpesona saya dibuatnya. Dia ajar saya buat. Jadi, hari ni saya nak ajar kalian.
Maggi Kari Soya
Bahan-bahan: (1 orang makan)
1 bungkus mi segera
1 kotak minuman soya (250ml)
1 butir telur
2 tangkai cendawan
1 batang daun bawang
1 sudu besar biji bijan
1 sudu teh minyak bijan
1 keping nori
1 sudu besar chili oil
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen di setiap gambar. Jom lihat #DapurKAN kali ni.
 

 Boleh gunakan apa-apa jenama mi segera, asalkan perencah berkuah. Saya suka guna mi Maggi perencah kari atau ayam. Selain tu, sila gunakan air soya tanpa gula atau kurang manis.
 
 
 
Pertama sekali, masukkan mi segera dan cendawan ke dalam mangkuk. Isi dengan air sebanyak secawan (250ml). Boleh guna cendawan shiitake segar atau kering, cendawan butang, atau apa-apa cendawanlah.
 
Kemudian pecahkan telur ke dalam cawan yang berisi 200ml air (bersahur bilik). Ni kita nak buat telur rebus tanpa kulit.
 

 

 Masukkan mangkuk dan cawan tadi dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven), dan letak pemasa selama 1 ½ minit. Kadang-kadang perlu 2 minit. Bergantung jenis microwave.
 
Mi dah kembang, tos dan buang airnya. Kalau tak kisah guna iar rendaman mi, tadi tak payah pakai air, terus guna minuman soya untuk rendam mi. Terpulang masing-masing.
 

 
Ketepikan mi yang dah ditos. Dalam mangkuk tadi, campur air soya bersama perencah. Kemudian panaskan dalam microwave 1-2 minit. Kalau lebih, mungkin air soya tu akan berketul.
 

 
Dah panas, keluarkan dan campur minyak bijan sedikit. Kalau tak suka minyak bijan, boleh langkau. Saya suka letak minyak bijan kerana dia beri aroma yang membangkitkan selera.
 
Lepas tu susun telur yang kita dah masak dalam cawan tadi, daun bawang, cendawan, kepingan nori. Letak sedikit minyak cili (minyak cili). Chili oil ni saya beli je di Shopee: https://shope.ee/4ASJlr3jc0
 
 

No comments:

Post a Comment