Sunday, 4 June 2023

2 Hari ‘Hilang’, Mayat Budak 4 Tahun Ditemui Membusuk Dalam Mesin Basuh

 

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang dilaporkan hilang selama dua hari akhirnya ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam mesin basuh di rumahnya di Filipina.

Mayat budak dalam mesin basuh

Mangsa iaitu Prince Grey Mondero dipercayai didera oleh bapa saudaranya, Patrick Sucgang yang berusia 15 tahun. Menurut sumber, Sucgang mendakwa anak saudaranya itu hilang selepas bermain bersama sepupunya di rumah mereka pada Jumaat lalu. Susulan daripada itu, satu laporan polis dibuat. Difahamkan, Sucgang adalah individu yang ditugaskan untuk mengawasi kanak-kanak itu.

Namun siapa sangka, dua hari kemudian, ibu Sucgang terhidu satu bau yang sangat busuk datang dari bilik Sucgang. Rupa-rupa, bau itu datang dari sebuah mesin basuh yang sudah tidak digunakan dan ditutup dengan kain serta susunan buku di atasnya. Apabila membuka mesin itu, dia menemukan mayat Mondero di dalamnya.

Suspek peminat pembunuh bersiri

Hasil siasatan mendapati, Sucgang merupakan dalang di sebalik kematian Mondero namun disebabkan umurnya yang masih muda, prosiding terpaksa ditangguhkan sehingga umur Sucgang mencecah 18 tahun. Sucgang yang mengaku akan perbuatannya itu kemudian dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Bandar.

Sucgang dikatakan seorang peminat pembunuh bersiri Amerika, Jeffrey Dahmer yang pernah membunuh dan mengerat 17 mangsa lelaki antara 1978 hingga 1991.

Menurut sumber, sebelum laporan polis dibuat, Sucgang dikatakan ada menghantar rakaman dalam platform sembang kumpulan yang kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan diletakkan di dalam baldi. Dia kemudian memberitahu menyesali apa yang dilakukannya dan namun telah memadamkan mesej tersebut tidak lama kemudian.

Sumber: Mirror UK

No comments:

Post a Comment