Kalau pergi kedai mamak, wajib order mi goreng, memang boleh buat jadi ketagih kalau sekali cuba. Lain kali pasti nak makan lagi. Rupanya tak susah mana kalau nak cuba masak sendiri mi goreng style kedai mamak di rumah.
Sekejap je dah siap masak, tapi rasanya punyalah sedap! Anak-anak pasti suka, jom cuba!
Mi Goreng Ala Mamak
Bahan-bahan
Mi kuning (paket 1/2kg)
Bahan kisar
- Cili kering
- 1 biji bawang bsr
- 3 – 4 ulas bawang putih
- 1 sdb udang kering (tak letak pun boleh)
Bahan A
- 2sdb sos tiram
- 2sdb sos tomato
- 3sdb sos cili
- 2sdb kicap pekat manis
- Kicap cair manis (letak ikut pada kehitaman mee yg kita nak)
- Garam
- 1sdb gula (untuk seimbangkan rasa, jika suka)
- Isi ayam
- Fish cake
Bahan B
- 4 – 5 biji telur (jika kuantiti mee 1kg guna 9-10 biji telor, kalau kurang nanti tak bersalut. Jika guna telur gred A, boleh kurangkan sebiji)
- Mee
- Sawi
- Tauge
- Hirisan cili merah
Cara Membuat:
1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak, masukkan bahan A satu persatu
2. Masak sampai bahan sebati dan cukup rasa, baru masukkan telor.
3. Gaul seketika sebelum masukkan mee.
4. Gaul sampai mee bersalut dengan bahan-bahan.
5. Akhir sekali masukkan sayur. Boleh juga tambah hirisan tauhu jika suka. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: SINI Via Daily Makan
No comments:
Post a Comment