Wednesday, 12 July 2023

Keputusan Waris Perlu Membayar Tunggakan Cukai Akan Diketahui

 


 

PUTRAJAYA – Keputusan sama ada waris perlu membayar tunggakan cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi pembayar cukai yang telah meninggal dunia akan diketahui selewat-lewatnya September depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, perkara itu akan dibincang pada mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

 

 

Katanya, bagi peringkat Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Panel Pakar Syariah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yang akan bersidang esok akan membincangkan isu cukai tertunggak LHDN yang ketika ini berdepan dengan pandangan berbeza dari dua mufti.

“Bagi mesyuarat Jawatankuasa MKI, ketika di Mekah saya ada bertemu dengan Datuk Dr Nooh Gadut (Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI) dan dia maklumkan sebelum ini sudah ada tarikh namun ia bertembung dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), jadi akan ada satu tarikh baharu untuk mengadakan mesyuarat berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Zakat Korporat 2023 di sini hari ini

Pada Mei lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan undang-undang menuntut wakil sah atau pentadbir harta pusaka pembayar cukai yang meninggal dunia, membayar tunggakan cukai ditinggalkan si mati, mengundang pandangan berbeza mufti dalam konteks syarak.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berpendapat, ia harus dibayar tunggakan cukai itu sambil memetik hadis diriwayatkan Imam At-Tirmidzi yang menyebut ‘roh atau jiwa orang beriman itu tergantung dengan hutangnya sehinggalah dibayar atau dilunaskan’.

No comments:

Post a Comment